TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR


Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)

  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
  4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
  6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.
  9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
  10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
  13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
  21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)




  • Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.

  • Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.

  • Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.

  • Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.

  • Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.

  • Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.

  • Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang baru.

  • Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.

  • Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah


  • SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


    Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
    Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.






    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    GURU-GURU LAIN (MATA PELAJARAN & KELAS)


    Tugas Guru-guru lain dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling :

    1. Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling.
    2. Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar.
    3. Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar'.
    4. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat semasa.
    5. Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar.
    6. Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.

    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING


    Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling.

    Tugas Guru Penolong Bimbingan dan Kaunseling

    1. Membantu dalam mengendalikan inventori, individu dan rekod.
    2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.
    3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.
    4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.
    5. Membantu dalam perkhidmatan penempatan.
    6. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.
    7. Membantu dalam perkhidmatan konsultasi dan rujukan.
    8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.
    9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
    10. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan.
    11. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


    (Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain).

    Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

    1. Inventori Individu Dan Rekod
    1. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar
    2. Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
    3. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
    4. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
    5. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
    6. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.
    2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.
    1. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
    2. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi.
    3. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat.
    4. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain.
    5. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
    6. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.

    3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
    1. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.
    2. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
    3. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM.
    4. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

    4. Perkhidmatan Kaunseling
    1. Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:
      • Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
      • Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
      • Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
      • Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
      • Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.
    2. Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya.
    3. Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

    5. Perkhidmatan Penempatan
    1. Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan.
    2. Penempatan pekerjaan:
      1. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan).
      2. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
      3. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.

    6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen
    1. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.
    2. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan.
    3. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.

    7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
    1. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
    2. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.
    3. Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
    4. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
    5. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.
    6. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

    8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos
    1. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain.
    2. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
    3. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
    4. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

    9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa
    1. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.
    2. Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
    3. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
    4. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.
    5. Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

    10. Perkhidmatan Penilaian
    1.  Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
    2. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

    11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi
    1. Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


    Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.


    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    Pengertian Apakah Kaunseling ?


    Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat . Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan  yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya.

    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    BILIK KAUNSELING SKS3F







    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    Objektif Am Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

    1. ediakan peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar
    2. memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tmemberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyidak berdisiplin,penggunaan dadah,merokok,laku musnah,peras ugut,menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain
    3. memberi khidmat bersifat pemulihan(remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
    4. memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    Mengenali Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


    Pengenalan
    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara kita sejak tahun 1960-an. Perkhidmatan ini mulanya berkisar melalui perkhidmatan bimbingan kerjaya. Kementrian Pelajaran telah memberi latihan secara berterusan untuk melatih guru – guru yang menjalankan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 

    Laporan Jawatankuasa Kabinet ( 1979 ), telah menetapkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah – sekolah. Sehingga ini perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berkembang secara meluas. 

    Mulai 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia, memperkenalkan jawatan guru kaunseling sepenuh masa, di sekolah – sekolah menengah, yang menempat mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah, Diploma, atau sijil dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

    Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling 
    Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling adalah suatu perkhidmatan pertolongan sukarela kepada setiap murid untuk mengenali diri dan potensinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina keyakinan diri, supaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga agama, bangsa dan negara.

    Bimbingan dan Kaunseling 
    Bimbingan merupakan suatu proses memberi pertolongan kepada individu atau sekumpulan individu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ceramah, sesi dialog atau demonstrasi. Perkhidmatan atau proses bimbingan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang yang tertentu.

    Kaunseling pula adalah proses interaksi bersemuka antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien sama ada individu atau berkelompok. Proses Kaunseling dikendalikan oleh mereka yang terlatih di bidang kaunseling yang mempunyai kemahiran serta mementingkan etika – etika tertentu. 
    Proses kaunseling adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dirinya supaya dapat berinteraksi dengan persekitaran ke arah pertumbuhan dan perkembangan diri yang lebih positif.
    Rasional Penubuhan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
    1. Penerimaan konsep perkembangan psikologi setiap individu serta kepelbagaian naluri, sifat dan tingkahlaku manusia yang perlu didorong secara positif selaras dengan nilai agama, dan norma – norma masyarakat. 
    2. Kesedaran tentang memenuhi keperluan emosi, psikologi, sosial murid supaya murid – murid membesar dan berkembang dengan jelas dan menyeluruh.
    3. Kesedaran tentang perkembangan diri dan mengetahui isu dan permasalahan di alam remaja, 
    4. Kesedaran pergerakan dan perkembangan masyarakat yang semakin pantas, selaras perkembangan sains dan teknologi. Maklumat kerjaya perlu diperolehi dengan jelas dan tepat. 

    Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling


    Pendekatan Perkembangan; 
    Membantu murid mengenal pasti, menggunakan potensi dan peluang pembelajaran bagi perkembangan dirinya, penyambung sifat – sifat kelainan antara individu dengan masyarakat dan persekitaran..

    Pendekatan Krisis
    Mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak yang memerlukan perhatian dan tindakan segera dari Guru Bimbingan dan pihak pentadbir sekolah.

    Pendekatan Pemulihan
    Memberikan tumpuan kepada masalah yang telah dikenalpasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasinya perlu dijalankan seupaya tidak menimbulkan masalah yang teruk. Pemulihan merujuk kepada perlanggaran disiplin.

    Pendekatan Pencegahan
    Pendekatan yang berasaskan andaian akan tinbul masalah disiplin, penyakit dan sebagainya. Penyebaran maklumat, dan kemahiran yang tertentu kepada semua pelajar supaya mereka dapat menghadapi masa depan lebih tenang dan berkeyakinan.

    Kemahiran Guru Bimbingan dan Kaunseling
    1. Membina Hubungan 
    2. Kemahiran Mendengar
    3. Kemahiran Menyoal
    4. Memberi Dorongan Minima
    5. Parafrasa
    6. Membuat refleksi
    7. Konfrantasi
    8. Interpritasi
    9. Rumusan

    Sifat Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling
    1. Berakhlak 
    2. Empati 
    3. Mesra
    4. Tulen
    5. Menerima Tanpa Syarat
    6. Tekal
    7. Humor
    8. Sensitif 
    9. Kesedaran Kendiri

    "Manusia diciptakan Allah swt dengan seelok – elok ciptaan. Ada otak tidak mahu berfikir, ada hati tetapi menurut hawa nafsu, jika diberi ilmu pengetahuan tidak mahu belajar, mempunyai ilmu tidak mengamalkanya, tidak berakhlak yang mulia serta tidak beriman kepada Allah swt. darjat dan tarafnya”.

    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI

    MISI,VISI DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING


    VISI

    Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2011

    MISI


    Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
    • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
    • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
    • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
    • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
    • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
    • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.


    FALSAFAH

    Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

    SILA LAH KOMEN!!!KOMEN ANDA SANGAT DIHARGAI